Search Blog

《2017》Dianz Vitamin Review : Kisah Hitamku Bersama Dianz.

Saturday, July 15, 2017


Dianz vitamin 2017 Review


Dianz Vitamin kah yang patut dipersalahkan?


Aku rakamkan cerita pengalaman pahit ini di dalam blog kesanyangan aku Let's Jelita sebagai pengajaran untuk semua lelaki di luar sana.



Dalam entri ni, saya nak guna 'aku-kau' lah. Baru boleh feel dia punya dark story.


Satu petang tu, cuaca agak cantik. Tak panas dan tak terlalu sejuk. Nyaman jelah orang kata. Mungkin sebab tengah hari tu hujan lebat, dari lepas zohor sampailah ke asar.

Dalam jam 5.30 pm lebih kurang, perut ni dah mula lapar. Aku tak perlu fikir panjang, terus bersiap ala-kadar untuk melantak dekat restoran ayam penyet di seksyen 7 Shah Alam.

Sampai je restoran tu, nasib aku agak baik haritu. Orang tak berapa ramai. Biasanya hari minggu macam ni memang beraturlah. Aku amek port tempat duduk belah luar. Seronok sikit makan sambil tengok orang lalu lalang.

Aku order menu utama petang tu. Nasi ayam penyet kombo dengan air mangga. Pergghh..Meleleh saliva aku bila teringat kesedapan ayam penyet dengan sambal dia yang kaw walaupun cerita ni dah lama.

Masa tengah makan tu, aku perasan ada sorang awek ni. Tinggi sedang-sedang. Rupa biasa-biasa aje. Bukanlah tak cantik. Ada manisnya. Cuma mungkin sebab dia agak banyak jerawat dan kulit pun macam takda nur. Pakaian pulak nampak gloomy je. Tudung warna hitam, baju hitam, jam hitam, kasut hitam, seluar pun dia bantai hitam. Punya ganas. Dari riak wajahnya, aku dapat agak dia ni tengah murung.

"Awek blackmetal agaknya ni. Hm..Budak-budak sekarang." Kata aku dalam hati.

Aku ni jenis yang lagi bernafsu dengan makanan berbanding perempuan. So, aku buat tak tahu jelah dekat awek tu. Teruskan menikmati makanan aku dengan sepenuh hati dan perasaan.

Agak-agak dalam 15 minit lepas tu. Ayam penyet aku dah pun lenyap. Aku mula berikan pulak fokus yang tak berbelah bahagi pada air mangga. Sambil-sambil minum, aku perhatikan lagi awek blackmetal tadi.

Kali ni, dia dah tekup kepala dekat meja. Aku tengok dia ni, macam kesian pun ada. Dekat meja dia ada pinggan dan gelas yang dah kosong. Aku dok fikir,

"Dia ni tunggu sape pulak resah semacam? Makan minum semua dah settle. Tak reti nak balik ke ape? Ah, lantak dialah. Layan jus mangga lagi syok." Bebel aku sambil menyedut jus mangga padu.

Air mangga aku pun dah habis. Memang padu gila beb! Pekat habis! Dan rasa dia memang confirm bukan kordial lah! Memang sebijik mangga tu dia blend agaknya. Memang ketagih. Fuhh..

Aku jeling lagi awek blackmetal tu sebelum nak bangun pergi bayar. Aku tengok dia masih lagi dengan struktur yang sama. Mukanya ditekup ke meja. Tapi kali ni bahu dia macam terhinjut-hinjut sikit.

"Eh, nangis ke budak ni?" Aku bermonolog sendiri.

Apa boleh buat, aku ni memang jenis penyanyang. Kahkah. Lagi-lagi kalau dengan awek. Rasa macam tak berperikemanusiaan pulak kalau aku biarkan.

Hm..Tak boleh jadi macam ni. Aku tarik muka gentleman. Jalan seberapa macho yang boleh. Aku sapa awek blackmetal tu.

"Err..Assalamualaikum cik. Kenapa ya? Ada masalah ke?"

Dia angkat muka dari meja. Merah menyala matanya.

"Waalaikumsalam, erm..Tak ada apalah bang. Takpa-takpa. Saya taknak susahkan abang." Jawab dia.

"Hm..Tak apa. Cerita jelah. Kalau boleh bantu, abg bantu. Orang nak tolong ni rezeki tau. Tak baik tolak."

Dia ambil tisu dari handbag kecilnya untuk mengesat air mata. Dan mula bercerita.

"Saya...Purse saya hilang bang. Tadi saya keluarkan duit dekat Petronas depan ni. Saya dah puas cari, tapi tak jumpa juga. Nak bayar makan ni duit dah takda."

Sambil tersedu-sedu dia cerita. Macam aku cakap tadi, aku memang ditakdirkan untuk menjadi lelaki penyanyang. Lebur lembik hati jantan aku ni kalau tengok orang menangis.

"Hmm.. Macam ni lah. Abg bayarkan dulu. Nanti bila-bila ada duit. Gantilah. Tak kisahlah bila-bila pun."

Boleh je aku nak bayarkan percuma. Cuma aku rasa, tak salah kan kalau aku tak nak silaturrahim kami terputus macam tu aje? Kau jangan salah faham pulak. Niat aku baik ok.

Aku terpaksa pendekkan cerita ni. Kalau nak diceritakan secara detail segala apa yang berlaku antara aku dan dia. Aku rasa boleh dah buat novel. Kau jangan lupa, entri nak cerita pasal Dianz Vitamin Review. Bukan cerita cinta!

Dipendekkan kisah. Sejak peristiwa tu, kami berkawan rapat. Sangat rapat. Boleh kata hampir setiap kali ada masa terluang, kitorang akan makan bersama. Layan movie, shopping. Macam-macam lagilah.

Sampailah 1 hari tu. Dia ada masalah kulit muka yang agak teruk. Sebab pakai 1 skincare tu. Aku tak nak sebutlah namanya. Bukan skincare tu tak elok. Mungkin kulit dia yang tak sesuai. Orang lain pakai tak ada masalah pun.

Dan masa tu, sekali lagi aku tampil sebagai hero. Tanpa ragu, aku kenalkan dia dengan Dianz Vitamin.

Bulan pertama tu, aku bagi dia percuma je sebotol. Yelah, kita kan kawan? Ye tak?

Lepas dalam 2 minggu macam tu. Dia dah hampir berubah jadi orang lain. Cantik betul kulit dia. Bukan muka je, tangan pun nampak halus dan cantik. Tambah pulak tangan dia jenis ada bulu-bulu halus. Seksi kot. Aku memang peminat awek tangan berbulu halus ni. Kahkah.

Sebok cakap pasal tangan. Lupa dah aku nak sentuh pasal muka dia yang rosak tu. Syukurlah, lepas 2 minggu tu kulit muka dia yang macam terbakar merah tu dah start licin. Siap glowing lagi. Serious cun habis.

Dia memang puas hati sangat waktu tu. Terus dia borong stok 3 bulan. Tapi kali ni dia beli sendiri lah. Aku support sebulan cukuplah. Jangan nak lebih-lebih.

Tapi, happy aku tak lama. Kitorang dah mula jauh. Dia dah mula ada ramai kawan. Yelah, orang dah hot. Ramailah kerumun nak berkawan. Ye tak?

Macam mana pun, aku tetap happy dengan perubahan hidup dia. Dia yang dulunya 'Forever alone', sekarang dah mula bersocial. Dah nampak happy.

Aku sebagai kawan yang ikhlas. Aku tak marahkan dia. Aku happy, sekurang-kurang nya aku dapat bantu dia ubah hidup dengan asbab kecil. Sangat kecil. Dengan hanya kenalkan dia pada Dianz Vitamin.

Kami dah macam tak berkawan sekarang ni. Aku cuma mampu happy tengok dia dari jauh. Aku harap segalanya baik-baik aje. Doa yang terbaik untuk dia.

"Berkawan biar ikhlas, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Setiap pertemuan jugak, tak pernah sia-sia. Dia dapat ubah hidup, aku pulak dapat idea cerita nak penuhkan blog kesayangan aku."

Hah! Dah tu, awak pulak bila nak ubah hidup? Kalau nak cuba Dianz Vitamin ni. Skrol lagi entri ni sampai bawah tau!


        Azim
(Sahabat Sejati)


-TAMAT-



Kandungan Dianz Vitamin 2017.


Kalau dulu, Dianz Vitamin ada kandungan serbuk mutiara. Ya kan?

Tapi untuk formula 2017 ni, serbuk mutiara dah tak digunakan. Tapi digantikan dengan extra Ascorbic Asid (Vitamin C) dan extra Glutathione.


✔ Vitamin C berasaskan oren untuk merawat parut/jerawat/jeragat

✔ Vitamin E berasaskan MAQUIBERRY untuk melembapkan kulit

✔ Kolagen asli berasaskan IKAN TALAPIA untuk kulit lembut dan gebu

✔ Extra GLUTATHIONE sebagai antioksida dan menggandakan kesan pencerahan

✔ Extra ASCORBIC ACID untuk lebih kuasa penyerapan vitamin dalam tubuh



Ada KKM ke Dianz Vitamin ni?



Dianz vitamin 2017 kkm

Harga Dianz Vitamin versi 2017.


Murah sangat.

Hanya Rm59 sahaja 1 botol. (sm)
             Rm111 sahaja 2 botol. (sm)

Hanya Rm63 1 botol. (ss)
             Rm116 2 botol. (ss)


-FREE Pos Laju-

1 botol ada 35 biji.


Senarai produk lain dari Dianz.




Cara beli Dianz Vitamin.


Klik je dekat butang BELI SEKARANG di bawah ni.



No comments:

Post a Comment